Privacy Policy
This privacy policy was last updated on 31 July 2026
Dasar privasi ini terakhir dikemas kini pada 31 July 2026
Your privacy is important to Love, Bonito. This Privacy Policy (“Policy”) explains how Love, Bonito collects, uses, discloses, and retains your information when you visit or use our website (our “services”), including the use of personal information in connection with interest-based advertising. It also describes the controls we provide you with to manage your personal information within our services and your data subject rights (such as your right to object to certain types of processing we carry out). Please read through the following before providing us with any of your personal data. When you provide Love, Bonito with your personal data, you consent to Love, Bonito’s collection, use, disclosure, and retention of your personal data in accordance with this Privacy Policy and as otherwise permitted by law
Privasi anda adalah penting bagi Love, Bonito. Dasar Privasi ("Dasar") ini menerangkan bagaimana Love, Bonito mengumpul, menggunakan, mendedahkan, dan menyimpan maklumat anda apabila anda melawat atau menggunakan laman web kami (perkhidmatan kami), termasuk penggunaan maklumat peribadi berkaitan pengiklanan berasaskan minat. Ia juga menerangkan kawalan yang kami sediakan untuk anda menguruskan maklumat peribadi anda dalam perkhidmatan kami dan hak subjek data anda (seperti hak anda untuk membantah jenis pemprosesan tertentu yang kami jalankan). Sila baca dengan teliti sebelum memberikan sebarang data peribadi anda kepada kami. Apabila anda memberikan data peribadi anda kepada Love, Bonito, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan, dan penyimpanan data peribadi anda oleh Love, Bonito mengikut Dasar Privasi ini dan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang..
When can we process your personal data?
Bilakah kami boleh memproses data peribadi anda?
• Consent: When you give us your consent, we will process your personal data for the specific purpose you have consented to.
• Persetujuan: Apabila anda memberikan persetujuan anda, kami akan memproses data peribadi anda untuk tujuan tertentu yang anda telah persetujui.
• Contract: When making products and services available to you we will process your personal data necessary for fulfilment of a contract (such as purchase agreement) with you and to fulfil any obligations derived from that contract.
• Kontrak: Apabila menyediakan produk dan perkhidmatan untuk anda, kami akan memproses data peribadi anda yang diperlukan bagi memenuhi kontrak (seperti perjanjian pembelian) dengan anda dan untuk memenuhi sebarang obligasi yang berkaitan dengan kontrak tersebut.
• Legitimate Interest: We may process your personal information when necessary for our legitimate interests. This covers processing for purposes such as managing your purchases of products or services rendering customer service support, improving or developing our products and services; and security purposes including fraud monitoring and prevention.
• Kepentingan Sah: Kami mungkin memproses maklumat peribadi anda apabila perlu untuk kepentingan sah kami. Ini merangkumi pemprosesan bagi tujuan seperti menguruskan pembelian produk atau perkhidmatan anda, memberikan sokongan khidmat pelanggan, menambah baik atau membangunkan produk dan perkhidmatan kami; dan tujuan keselamatan termasuk pemantauan dan pencegahan penipuan.
• Legal requirement: Whenever the processing of your personal data is necessary for us to fulfil our legal obligations of the country of operation.
• Keperluan Undang-undang: Apabila pemprosesan data peribadi anda perlu bagi kami memenuhi obligasi undang-undang negara operasi kami.
What Personal Data do we collect
Apakah Data Peribadi yang kami kumpul
Account Information:
Maklumat Akaun
When you create or manage an account with Love, Bonito, and/or sign up for a loyalty program, we collect the following information from you:
Apabila anda membuka atau menguruskan akaun dengan Love, Bonito, dan/atau mendaftar untuk program kesetiaan, kami mengumpul maklumat berikut daripada anda:
Name
Nama
Email address
Alamat e-mel
Gender
Jantina
Nationality
Kewarganegaraan
Date and month of birth
Tarikh dan bulan lahir
Contact information
Maklumat hubungan
Password/ Answers you provide to security questions
Kata laluan/Jawapan yang anda berikan kepada soalan keselamatan
Mailing and shipping address
Alamat mel dan penghantaran
Purchase Information:
Maklumat Pembelian
When you purchase products or services from our store, as part of the buying and selling process, we collect the following information from you, or your friends and family who wish to ship a product (including gift cards) to you:
Apabila anda membeli produk atau perkhidmatan daripada kedai kami, sebagai sebahagian daripada proses jual beli, kami mengumpul maklumat berikut daripada anda, atau rakan dan keluarga anda yang ingin menghantar produk (termasuk kad hadiah) kepada anda:
Name
Nama
Email address
Alamat e-mel
Partial payment information
Maklumat Pembayaran Separa
Mailing and shipping address
Alamat mel dan penghantaran
Contact information
Maklumat hubungan
Marketing preferences and any other information you provide
Keutamaan pemasaran dan sebarang maklumat lain yang anda berikan
Please note that we retain your purchase history from Love, Bonito websites
Sila ambil maklum bahawa kami menyimpan sejarah pembelian anda daripada laman web Love, Bonito.
Online Activity information:
Maklumat Aktiviti Dalam Talian:
When you use our website we collect (including through cookies and similar trackers) the IP address you use, information so we can single out your device and information about you, such as pages or screens you viewed, how long you spent on a page or screen, navigation paths between pages or screens, information about your activity on a page or screen, access times, and duration of access. We collect information on the products you click to view through our emails. Our partners may also collect similar information, including with respect to your activities on other sites. Among other things, this helps us analyze, improve, and secure our online services, as well as support our advertising and marketing efforts.
Apabila anda menggunakan laman web kami, kami mengumpul (termasuk melalui kuki dan penjejak serupa) alamat IP yang anda gunakan, maklumat yang membolehkan kami mengenal pasti peranti anda dan maklumat tentang anda, seperti halaman atau skrin yang anda lihat, tempoh masa yang anda habiskan pada satu halaman atau skrin, laluan navigasi antara halaman atau skrin, maklumat tentang aktiviti anda pada satu halaman atau skrin, masa akses, dan tempoh akses. Kami mengumpul maklumat tentang produk yang anda klik untuk dilihat melalui e-mel kami. Rakan kongsi kami juga mungkin mengumpul maklumat serupa, termasuk berkenaan aktiviti anda di laman lain. Antara lain, ini membantu kami menganalisis, menambah baik, dan mengamankan perkhidmatan dalam talian kami, serta menyokong usaha pengiklanan dan pemasaran kami.
Marketing information:
Maklumat Pemasaran:
When you register, or subscribe for our newsletters or promotions, or participate in our promotions, sweepstakes, contests, or surveys, and/or fill in any forms on our websites, we collect the following information that is needed for your participation:
Apabila anda mendaftar atau melanggan surat berita atau promosi kami, atau menyertai promosi, cabutan bertuah, pertandingan, atau tinjauan kami, dan/atau mengisi sebarang borang di laman web kami, kami mengumpul maklumat berikut yang diperlukan untuk penyertaan anda:
Name
Nama
Contact information
Maklumat hubungan
Date of birth
Tarikh lahir
Email address
Alamat e-mel
Marketing preferences
Keutamaan pemasaran
Any other personal information you choose to provide to us
Sebarang maklumat peribadi lain yang anda pilih untuk berikan kepada kami
Feedback Information:
Maklumat Sokongan:
When you submit a review for any item on the Love, Bonito websites, we collect the following information from you:
Name
Nama
Height/ weight
Ketinggian/berat
Gender
Jantina
Photographs you upload or any other personal particulars you voluntarily provide
Foto yang anda muat naik atau sebarang butiran peribadi lain yang anda berikan secara sukarela
Support Information:
Maklumat Sokongan:
When you submit any questions or feedback to us, or contact or correspond with us in any way, we collect the following information from you:
Apabila anda menghantar sebarang soalan atau maklum balas kepada kami, atau menghubungi atau berkomunikasi dengan kami dalam apa jua cara, kami mengumpul maklumat berikut daripada anda:
Name
Nama
Email address
Alamat e-mel
Contact information
Maklumat hubungan
Any other personal information you choose to provide to us
Sebarang maklumat peribadi lain yang anda pilih untuk berikan kepada kami
Information from third-party partners:
Maklumat daripada rakan kongsi pihak ketiga:
We may collect your email address via cookies and pixels on the website through the use of trusted third-party partners. These partners may combine your email information with other information they have access to such as mailing address so that we may serve relevant marketing offers to you via direct mail. We will indicate if the collection and provision of certain categories of personal data is mandatory. For any such categories, we may not be able to provide you with access to the certain features of our website or order any products if you do not provide us with the required information.
Kami mungkin mengumpul alamat e-mel anda melalui kuki dan piksel di laman web melalui penggunaan rakan kongsi pihak ketiga yang dipercayai. Rakan kongsi ini mungkin menggabungkan maklumat e-mel anda dengan maklumat lain yang mereka ada akses, seperti alamat mel, supaya kami dapat menyampaikan tawaran pemasaran yang relevan kepada anda melalui mel terus. Kami akan menyatakan sekiranya pengumpulan dan penyediaan kategori tertentu data peribadi adalah wajib. Bagi kategori sedemikian, kami mungkin tidak dapat menyediakan akses kepada ciri-ciri tertentu laman web kami atau memproses pesanan produk sekiranya anda tidak memberikan maklumat yang diperlukan.
We may also obtain information about you from our third-party partners to allow us to successfully fulfil any orders placed by you or your friends and family. This information includes, but is not limited to:
Kami juga mungkin memperoleh maklumat tentang anda daripada rakan kongsi pihak ketiga kami bagi membolehkan kami berjaya memenuhi sebarang pesanan yang dibuat oleh anda atau rakan dan keluarga anda. Maklumat ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
Name
Nama
Mailing and Shipping Address(es)
Alamat Mel dan Penghantaran
Contact information
Maklumat hubungan
Any other information required for us to fulfil these orders
Sebarang maklumat lain yang lain yang diperlukan bagi kami memenuhi pesanan ini
An example of us obtaining information about you from our third-party partners includes when you purchase a product through a third-party platform, such as Facebook or Instagram, and the third-party platform sends us your name, contact information and transaction information but not your payment card details.
Sebagai contoh, apabila anda membeli produk melalui platform pihak ketiga seperti Facebook atau Instagram, dan platform pihak ketiga tersebut menghantar kepada kami nama, maklumat hubungan, dan maklumat transaksi anda tetapi bukan butiran kad pembayaran anda.
Occasionally, we may require more information for contractual or legal reasons. We will inform you when such information is required, how to provide them, and any implications should you fail to comply with our request.
Sekali-sekala, kami mungkin memerlukan maklumat tambahan atas sebab kontrak atau undang-undang. Kami akan memaklumkan anda apabila maklumat sedemikian diperlukan, cara menyediakannya, dan sebarang implikasi sekiranya anda gagal mematuhi permintaan kami.
How Love, Bonito uses your personal information
Bagaimana Love, Bonito menggunakan maklumat peribadi anda
We may use and disclose your Personal Data for the following purposes:
Kami mungkin menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:
To provide our services
Untuk menyediakan perkhidmatan kami
To establish and maintain your user account and/or loyalty program on our sites, including tracking your orders, purchase history, and shipments and sending you reminders of items left in your shopping cart and/or providing you with product notifications;
Untuk mewujudkan dan mengekalkan akaun pengguna dan/atau program kesetiaan anda di laman kami, termasuk menjejak pesanan, sejarah pembelian, dan penghantaran anda serta menghantar peringatan tentang item yang ditinggalkan dalam troli beli-belah dan/atau menyediakan pemberitahuan produk;
To improve our services and business, including in response to trends, patterns, feedback, and sentiments expressed on social media or directly to us;
Untuk menambah baik perkhidmatan dan perniagaan kami, termasuk sebagai respons kepada trend, corak, maklum balas, dan sentimen yang dinyatakan di media sosial atau secara terus kepada kami;
To process your order for our products or services, process or collect your payment for the order;
Untuk memproses pesanan anda bagi produk atau perkhidmatan kami, memproses atau mengutip pembayaran anda bagi pesanan tersebut;
To process your returns or refunds in accordance with our Terms and Conditions;
Untuk memproses pemulangan atau bayaran balik anda mengikut Terma dan Syarat kami;
To understand your needs and interests, and personalise your experience with the Service and our communications such as by using your location information to determine your language preferences or display accurate date and time information; and
Untuk memahami keperluan dan minat anda, serta mempribadikan pengalaman anda dengan Perkhidmatan dan komunikasi kami seperti menggunakan maklumat lokasi anda untuk menentukan keutamaan bahasa atau memaparkan maklumat tarikh dan masa yang tepat; dan
To provide support for the Service, respond to your requests, questions and feedback, evaluate your satisfaction with the Service and to otherwise administer our relationship with you.
Untuk menyediakan sokongan bagi Perkhidmatan, menjawab permintaan, soalan, dan maklum balas anda, menilai kepuasan anda terhadap Perkhidmatan dan mentadbir hubungan kami dengan anda.
To provide you with supporting services and functions related to your user account;
Untuk menyediakan perkhidmatan dan fungsi sokongan berkaitan akaun pengguna anda;
To monitor and enforce compliance with our Terms and Conditions, including dispute resolution; and
Untuk memantau dan menguatkuasakan pematuhan terhadap Terma dan Syarat kami, termasuk penyelesaian pertikaian; dan
To comply with (i) internal risk controls, (ii) the terms of our access to payment processing, financial or banking services such as credit card disputes, fraud, billing errors, or (iii) any applicable law
Untuk mematuhi (i) kawalan risiko dalaman, (ii) terma akses kami kepada perkhidmatan pemprosesan pembayaran, kewangan atau perbankan seperti pertikaian kad kredit, penipuan, kesilapan bil, atau (iii) sebarang undang-undang yang berkaitan
Marketing and Advertising
Pemasaran dan Pengiklanan
To send you marketing communications and ads in relation to our sales, products, services and promotions, including promotional mail together with your order;
Untuk menghantar komunikasi pemasaran dan iklan berkaitan jualan, produk, perkhidmatan, dan promosi kami, termasuk mel promosi bersama pesanan anda;
To deliver advertisements which are related to our products and services which may be of interest to you on our websites and/or social media platforms;
Untuk menyampaikan iklan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami yang mungkin menarik minat anda di laman web dan/atau platform media sosial kami;
To invite you to our Love, Bonito events;
Untuk menjemput anda ke acara Love, Bonito kami;
To process your participation in our promotions, lucky draws, initiatives or any request for additional Personal Data such as customer surveys;
Untuk memproses penyertaan anda dalam promosi, cabutan bertuah, inisiatif kami atau sebarang permintaan tambahan Data Peribadi seperti tinjauan pelanggan;
To process your participation in our loyalty programs;
Untuk memproses penyertaan anda dalam program kesetiaan kami;
To promote our products and services on our websites;
Untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kami di laman web kami;
To improve your customer experience across all touchpoints and training our customer experience team, such as by recording and monitoring phone calls; and
Untuk menambah baik pengalaman pelanggan anda di semua titik sentuhan, serta melatih pasukan pengalaman pelanggan kami, seperti dengan merakam dan memantau panggilan telefon; dan
For any specific purpose in relation to a particular product or service, which we may separately notify you on the product or service page
Bagi sebarang tujuan khusus berkaitan produk atau perkhidmatan tertentu, yang mungkin kami maklumkan secara berasingan pada halaman produk atau perkhidmatan tersebut
Research and Development
Penyelidikan dan Pembangunan
We may use your Personal Data for research and development purposes, including to analyse and improve the Service and our business. As part of these activities, we may create aggregated, de identified or other anonymous data from personal information we collect. We make personal information into deidentified or anonymous data by removing information that makes the data personally identifiable to you. We may use this deidentified or anonymous data and share it with third parties for our lawful business purposes, including to analyse and improve the Service and promote our business.
Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, termasuk untuk menganalisis dan menambah baik Perkhidmatan dan perniagaan kami. Sebagai sebahagian daripada aktiviti ini, kami mungkin mencipta data yang teragregat, tidak dikenal pasti, atau data tanpa nama lain daripada maklumat peribadi yang kami kumpul. Kami menjadikan maklumat peribadi tidak dikenal pasti atau tanpa nama dengan mengeluarkan maklumat yang menjadikan data tersebut boleh dikenal pasti secara peribadi kepada anda. Kami mungkin menggunakan data tanpa nama atau tidak dikenal pasti ini dan berkongsinya dengan pihak ketiga untuk tujuan perniagaan sah kami, termasuk untuk menganalisis dan menambah baik Perkhidmatan dan mempromosikan perniagaan kami.
Others
Lain-Lain
We may also use your Personal Data (a) for other purposes which are reasonably related to the Purposes and where we have obtained and maintain related consent, the Additional Purposes; or (b) in circumstances where such use does not require consent under Applicable Laws.
Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda (a) untuk tujuan lain yang berkaitan secara munasabah dengan Tujuan-Tujuan tersebut dan di mana kami telah memperoleh dan mengekalkan persetujuan berkaitan, Tujuan Tambahan; atau (b) dalam keadaan di mana penggunaan sedemikian tidak memerlukan persetujuan di bawah Undang-undang Terpakai.
How Love, Bonito shares your personal information
Bagaimana Love, Bonito berkongsi maklumat peribadi anda
In order to provide the above services to you, we may share your personal data with the following entities:
Bagi menyediakan perkhidmatan di atas kepada anda, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan entiti berikut:
Companies in the Love, Bonito group, as different units of our group are responsible for different activities;
Syarikat dalam kumpulan Love, Bonito, kerana unit kumpulan kami yang berbeza bertanggungjawab bagi aktiviti yang berbeza;
Companies involved in running our website, getting your purchases to you, such as payment service providers, warehouses, logistics partners, order packers, and delivery companies;
Syarikat yang terlibat dalam mengendalikan laman web kami, menghantar pembelian anda kepada anda, seperti penyedia perkhidmatan pembayaran, gudang, rakan kongsi logistik, pembungkus pesanan, dan syarikat penghantaran;
Companies involved in running our loyalty program (if you participate in the program);
Syarikat yang terlibat dalam menjalankan program kesetiaan kami (jika anda menyertai program tersebut);
Professional service providers, such as marketing agencies, and 3rd party platform providers, who help us to run our business;
Penyedia perkhidmatan profesional, seperti agensi pemasaran, dan penyedia platform pihak ketiga, yang membantu kami menjalankan perniagaan kami;
Companies approved by you, such as social media sites (if you choose to link your account to us); anti-fraud detection and prevention entities; and
Syarikat yang diluluskan oleh anda, seperti laman media sosial (jika anda memilih untuk memautkan akaun anda kepada kami); entiti pengesanan dan pencegahan penipuan; dan
Law enforcement and fraud prevention agencies or anybody required by law.
Agensi penguatkuasaan undang-undang dan pencegahan penipuan atau sesiapa sahaja yang diperlukan oleh undang-undang.
In addition, through our Services, we may allow third party advertising partners to set Technologies and other tracking tools to collect information regarding your activities and your device (e.g., your IP address, mobile identifiers, page(s) visited, location, time of day). We may also combine and share such information and other information (such as demographic information and past purchase history) with third party advertising partners. These advertising partners may use this information (and similar information collected from other websites) for purposes of delivering targeted advertisements to you when you visit third party websites within their networks. This practice is commonly referred to as “interest-based advertising” or “online behavioural advertising. We may allow access to other data collected by the Services to share information that may be useful, relevant, valuable or otherwise of interest to you. If you prefer not to share your personal information with third party advertising partners, you may follow the instructions below.
Selain itu, melalui Perkhidmatan kami, kami mungkin membenarkan rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga menetapkan Teknologi dan alat penjejakan lain untuk mengumpul maklumat berkenaan aktiviti anda dan peranti anda (contohnya, alamat IP anda, pengecam mudah alih, halaman yang dilawati, lokasi, waktu). Kami juga mungkin menggabungkan dan berkongsi maklumat tersebut serta maklumat lain (seperti maklumat demografi dan sejarah pembelian lampau) dengan rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga. Rakan kongsi pengiklanan ini mungkin menggunakan maklumat ini (dan maklumat serupa yang dikumpul daripada laman web lain) untuk tujuan menyampaikan iklan bersasar kepada anda apabila anda melawat laman web pihak ketiga dalam rangkaian mereka. Amalan ini biasanya dirujuk sebagai "pengiklanan berasaskan minat" atau "pengiklanan tingkah laku dalam talian". Kami mungkin juga membenarkan akses kepada data lain yang dikumpul oleh Perkhidmatan bagi berkongsi maklumat yang mungkin berguna, relevan, bernilai, atau menarik minat anda. Sekiranya anda lebih suka tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga, anda boleh mengikuti arahan di bawah.
We may transfer your personal data to countries outside Malaysia, including but not limited to Singapore, the United States, and other jurisdictions in which our group companies, service providers, or business partners operate. Before making any such transfer, we assess whether the receiving jurisdiction has in force a law that is substantially similar to the Malaysian Personal Data Protection Act 2010, or otherwise ensures a level of protection that is at least equivalent to the protection afforded under Malaysian law — including consideration of the recipient's legal and contractual obligations, security measures, and compliance history. Where required, we conduct a Transfer Impact Assessment prior to transfer, and review this assessment periodically or upon any significant change to the laws or protection measures of the destination jurisdiction.
Kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke negara di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada Singapura, Amerika Syarikat, dan bidang kuasa lain di mana syarikat kumpulan kami, penyedia perkhidmatan, atau rakan kongsi perniagaan kami beroperasi. Sebelum membuat sebarang pemindahan sedemikian, kami menilai sama ada bidang kuasa penerima mempunyai undang-undang yang berkuat kuasa yang secara substansial serupa dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, atau selainnya memastikan tahap perlindungan yang sekurang-kurangnya setara dengan perlindungan yang diberikan di bawah undang-undang Malaysia — termasuk pertimbangan terhadap obligasi undang-undang dan kontraktual penerima, langkah keselamatan, dan sejarah pematuhan. Di mana diperlukan, kami menjalankan Penilaian Impak Pemindahan (Transfer Impact Assessment) sebelum pemindahan, dan menyemak semula penilaian ini secara berkala atau apabila berlaku sebarang perubahan ketara kepada undang-undang atau langkah perlindungan bidang kuasa destinasi.
We may also disclose or transfer personal data as otherwise permitted or required by law, including for compliance with regulations on anti-money laundering and countering the financing of terrorism.
Kami juga mungkin mendedahkan atau memindahkan data peribadi sebagaimana yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang, termasuk untuk pematuhan peraturan berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
We may disclose your information to a third party in connection with a proposed or actual business transaction, such as a corporate reorganisation, merger or acquisition, or the sale of some or all of our business or assets (including in connection with a bankruptcy proceeding) We will require that the information recipient agree to protect the privacy of your information in a manner that is consistent with this Policy. This could include all of your information relevant to the business being acquired.
Kami mungkin mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga berkaitan cadangan atau transaksi perniagaan sebenar, seperti penyusunan semula korporat, penggabungan atau pengambilalihan, atau penjualan sebahagian atau keseluruhan perniagaan atau aset kami (termasuk berkaitan prosiding kebankrapan). Kami akan memerlukan penerima maklumat bersetuju melindungi privasi maklumat anda dengan cara yang konsisten dengan Dasar ini. Ini boleh merangkumi semua maklumat anda yang berkaitan dengan perniagaan yang diambil alih.
Website Cookies
Kuki Laman Web
Some of the information that we collect will not personally identify you but will instead track your use of our website so that we can better understand how our website is used by end users and in turn enhance and improve your experience in using our website. This information can be obtained through the use of cookies. Cookies are a small data file transferred to your device that recognises and identifies your device and allows your device to 'remember' information from our website for future use. We may collect technical information from your web browser or mobile device or your use of our services through a web browser or mobile device, for example, location data and certain characteristics of, and performance data about your device, carrier/operating system including device and connection type and IP address. Unless you have elected to remain anonymous through your device and/or the web browser, the above mentioned information may be collected and used by us automatically through your use of our website.
Sebahagian maklumat yang kami kumpul tidak akan mengenal pasti anda secara peribadi tetapi akan menjejak penggunaan laman web anda supaya kami dapat lebih memahami bagaimana laman web kami digunakan oleh pengguna akhir dan seterusnya meningkatkan serta menambah baik pengalaman anda menggunakan laman web kami. Maklumat ini boleh diperoleh melalui penggunaan kuki. Kuki adalah fail data kecil yang dipindahkan ke peranti anda yang mengenali dan mengenal pasti peranti anda dan membolehkan peranti anda "mengingati" maklumat daripada laman web kami untuk kegunaan masa hadapan. Kami mungkin mengumpul maklumat teknikal daripada pelayar web atau peranti mudah alih anda atau penggunaan perkhidmatan kami melalui pelayar web atau peranti mudah alih, contohnya, data lokasi dan ciri-ciri tertentu, serta data prestasi tentang peranti anda, pembawa/sistem operasi termasuk jenis peranti dan sambungan serta alamat IP. Melainkan anda memilih untuk kekal tanpa nama melalui peranti dan/atau pelayar web anda, maklumat yang dinyatakan di atas mungkin dikumpul dan digunakan oleh kami secara automatik melalui penggunaan laman web anda.
Additionally, we may share non-personally identifiable information with third parties, such as location data, advertising identifiers, or a cryptographic hash of a common account identifier (such as an email address), to facilitate the display of targeted advertising.
Selain itu, kami mungkin berkongsi maklumat yang tidak mengenal pasti secara peribadi dengan pihak ketiga, seperti data lokasi, pengecam pengiklanan, atau cincang kriptografi bagi pengecam akaun yang biasa (seperti alamat e-mel), bagi memudahkan paparan iklan bersasar.
You have a number of options to control or limit how we and our partners use cookies and similar technologies, including for advertising.
Anda mempunyai beberapa pilihan untuk mengawal atau mengehadkan bagaimana kami dan rakan kongsi kami menggunakan kuki dan teknologi serupa, termasuk untuk pengiklanan.
Although most browsers and devices accept cookies by default, their settings usually allow you to clear or decline cookies. If you disable cookies, however, some of the features of our website may not function properly.
Walaupun kebanyakan pelayar dan peranti menerima kuki secara lalai, tetapan mereka biasanya membenarkan anda mengosongkan atau menolak kuki. Jika anda melumpuhkan kuki, bagaimanapun, sebahagian ciri laman web kami mungkin tidak berfungsi dengan baik.
To prevent your data from being used by Google Analytics, you can install Google’s opt-out browser add-on by visiting https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.
Untuk mengelakkan data anda daripada digunakan oleh Google Analytics, anda boleh memasang tambahan pelayar pilih keluar Google dengan melawat https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.
To opt out of ads on Facebook, Pinterest, or Google that are targeted to your interests, use your Facebook, Pinterest, or Google Ads settings.
Untuk memilih keluar daripada iklan di Facebook, Pinterest, atau Google yang disasarkan mengikut minat anda, gunakan tetapan Facebook, Pinterest, atau Google Ads anda.
If you are using your mobile device, check your mobile device for settings that control ads based on your interactions with the applications on your device. For example, on your iOS device, enable the “Limit Ad Tracking” setting, and on your Android device, enable the “Opt out of Ads Personalization” setting.
Jika anda menggunakan peranti mudah alih, semak tetapan peranti mudah alih anda yang mengawal iklan berdasarkan interaksi anda dengan aplikasi pada peranti anda. Contohnya, pada peranti iOS anda, aktifkan tetapan "Limit Ad Tracking", dan pada peranti Android anda, aktifkan tetapan "Opt out of Ads Personalization".
Our websites do not respond to Do Not Track signals because we do not track our users over time and across third-party websites to provide targeted advertising. However, we believe that you should have a choice regarding interest-based ads served by our partners, which is why we outline the options available to you above.
Laman web kami tidak bertindak balas kepada isyarat Do Not Track kerana kami tidak menjejak pengguna kami dari masa ke masa dan merentasi laman web pihak ketiga untuk menyediakan iklan bersasar. Walau bagaimanapun, kami percaya anda harus mempunyai pilihan berkenaan iklan berasaskan minat yang disampaikan oleh rakan kongsi kami, dan itulah sebabnya kami menggariskan pilihan yang tersedia untuk anda di atas.
Links To Third Party Websites
Pautan Ke Laman Web Pihak Ketiga
The website may contain links to other third party websites and microsites, whose privacy practices may differ from those of ours. If you submit personal data to any of those sites, your personal data is not subject to this Privacy Policy. We are not responsible for the security or privacy of any information collected of such websites and microsites.
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web dan mikrosite pihak ketiga lain, yang amalan privasinya mungkin berbeza daripada kami. Jika anda menghantar data peribadi ke mana-mana laman tersebut, data peribadi anda tidak tertakluk kepada Dasar Privasi ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan atau privasi sebarang maklumat yang dikumpul oleh laman web dan mikrosite tersebut.
We encourage you to review the privacy policy of any website you visit. By clicking on or activating such links and leaving our website, we can no longer exercise control over any personal data which you give to any other entity after leaving our website. Any access to such other third party websites is therefore entirely at your own risk.
Kami menggalakkan anda menyemak dasar privasi mana-mana laman web yang anda lawati. Dengan mengklik atau mengaktifkan pautan sedemikian dan meninggalkan laman web kami, kami tidak lagi dapat mengawal sebarang data peribadi yang anda berikan kepada mana-mana entiti lain selepas meninggalkan laman web kami. Sebarang akses kepada laman web pihak ketiga sedemikian oleh itu adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri.
Accessing And Correcting Your Personal Data
Mengakses Dan Membetulkan Data Peribadi Anda
You may review and correct your personal data by signing into your user account and selecting 'Update Profile' or equivalent, or by contacting us at [email protected]. We will only disclose personal data to the individual who registered his/her personal data with our website, and only after confirming the identity of the registered party. Please allow twenty-one (21) working days for your request to be processed. In relation to any request for access to any personal data, we reserve the right to charge a nominal fee for the processing of this request in accordance with applicable local legislation.
Anda boleh menyemak dan membetulkan data peribadi anda dengan log masuk ke akaun pengguna anda dan memilih 'Kemas Kini Profil' atau yang setara, atau dengan menghubungi kami di [email protected]. Kami hanya akan mendedahkan data peribadi kepada individu yang mendaftarkan data peribadinya dengan laman web kami, dan hanya selepas mengesahkan identiti pihak yang berdaftar. Sila berikan tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja untuk permintaan anda diproses. Berkaitan sebarang permintaan akses kepada mana-mana data peribadi, kami berhak untuk mengenakan bayaran nominal bagi pemprosesan permintaan ini mengikut perundangan tempatan yang berkaitan.
Deletion of your account with us will not automatically delete the personal data held about you. If you would like to request that we delete all personal data together with the deletion of your account, please follow the steps under Request for Deletion of Personal Data.
Penghapusan akaun anda dengan kami tidak akan secara automatik menghapuskan data peribadi yang disimpan tentang anda. Jika anda ingin memohon supaya kami menghapuskan semua data peribadi bersama-sama dengan penghapusan akaun anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah Permohonan Penghapusan Data Peribadi.
Opting-Out
Memilih Keluar
You have certain choices about your personal information. Where you have consented to the processing of your personal information, you may withdraw that consent at any time and prevent further processing by contacting us at [email protected]. Upon receiving your request, we will cease processing your personal data for the purposes to which you have withdrawn your consent, subject to any processing that we are permitted or required to carry out under applicable law.
Anda mempunyai pilihan tertentu berkaitan maklumat peribadi anda. Di mana anda telah bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda, anda boleh menarik balik persetujuan tersebut pada bila-bila masa dan menghalang pemprosesan selanjutnya dengan menghubungi kami di [email protected]. Setelah menerima permintaan anda, kami akan menghentikan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan yang anda telah tarik balik persetujuan, tertakluk kepada sebarang pemprosesan yang kami dibenarkan atau diwajibkan untuk jalankan di bawah undang-undang yang berkenaan.
Even if you opt out, we may still collect and use non- personal information regarding your activities on our Services and for other legal purposes as described above.
Walaupun anda memilih keluar, kami mungkin masih mengumpul dan menggunakan maklumat bukan peribadi berkaitan aktiviti anda pada Perkhidmatan kami dan untuk tujuan sah lain sebagaimana yang diterangkan di atas.
If you would like to unsubscribe from our newsletter, or opt-out of our loyalty program detailed instructions are provided at the bottom of all emails sent out. If you would like to unsubscribe from any of our other mailing lists, please write to us at [email protected]. Upon receiving your request, we will cease processing your personal data for the purposes to which you have withdrawn your consent within thirty (30) days, subject to any processing that we are permitted or required to carry out under applicable law.
Jika anda ingin berhenti melanggan surat berita kami, atau memilih keluar daripada program kesetiaan kami, arahan terperinci disediakan di bahagian bawah semua e-mel yang dihantar. Jika anda ingin berhenti melanggan mana-mana senarai mel lain kami, sila tulis kepada kami di [email protected]. Setelah menerima permintaan anda, kami akan menghentikan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan yang anda telah tarik balik persetujuan dalam tempoh tiga puluh (30) hari, tertakluk kepada sebarang pemprosesan yang kami dibenarkan atau diwajibkan untuk jalankan di bawah undang-undang yang berkenaan.
Right to Data Portability: Where technically feasible, you have the right to request that we transfer certain personal data we hold about you to another data controller of your choice, in a structured and commonly used format. To make such a request, please contact us at [email protected]
Hak Kemudahalihan Data: Di mana secara teknikalnya boleh dilaksanakan, anda mempunyai hak untuk memohon supaya kami memindahkan data peribadi tertentu yang kami simpan tentang anda kepada pengawal data lain pilihan anda, dalam format yang berstruktur dan lazim digunakan. Untuk membuat permintaan sedemikian, sila hubungi kami di [email protected]
Request for Deletion of Personal Data
Permohonan Penghapusan Data Peribadi
You have the right to request that we delete any of your personal data that we collected from you and retained, with certain exceptions. If you would like to request deletion of your personal data, please write to us at [email protected]. We will assess and process your request within a reasonable period. Please note that certain personal data may need to be retained where required or permitted by law, or where necessary for legitimate business purposes, such as fulfilling contractual obligations, resolving disputes, preventing fraud, or maintaining financial and transaction records. Where this applies, we will explain the relevant reasons to you. Our ability to comply with your deletion request is subject to any applicable legal or other requirement to maintain certain records of your personal data. In that regard, please note that the deletion of your personal data from our database will result in us not being able to provide you with the products or services that you have requested from us. Anda mempunyai hak untuk memohon supaya kami menghapuskan mana-mana data peribadi anda yang telah kami kumpul daripada anda dan simpan, dengan pengecualian tertentu. Jika anda ingin memohon pemadamanmana-mana data peribadi anda, sila tulis kepada kami di [email protected]. Kami akan menilai dan memproses permintaan anda dalam tempoh masa yang munasabah. Sila ambil maklum bahawa sesetengah data peribadi mungkin perlu disimpan di mana diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, atau di mana perlu bagi tujuan perniagaan sah, seperti memenuhi obligasi kontraktual, menyelesaikan pertikaian, mencegah penipuan, atau mengekalkan rekod kewangan dan transaksi. Di mana ini terpakai, kami akan menerangkan sebab-sebab berkaitan kepada anda.Keupayaan kami untuk mematuhi permintaan penghapusan anda tertakluk kepada sebarang keperluan undang-undang atau lain-lain yang berkaitan untuk menyimpan rekod tertentu data peribadi anda. Berhubung dengan itu, sila ambil maklum bahawa penghapusan data peribadi anda daripada pangkalan data kami akan menyebabkan kami tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda minta daripada kami.
Retention of Personal Data
Penyimpanan Data Peribadi
Unless you have exercised your right to withdraw your consent, we will retain your Personal Data for as long as it is necessary for our legitimate business purposes, as well as our legal and financial obligations.
Melainkan anda telah melaksanakan hak anda untuk menarik balik persetujuan, kami akan menyimpan Data Peribadi anda selama yang diperlukan bagi tujuan perniagaan sah kami, serta obligasi undang-undang dan kewangan kami.
When your personal data in our possession is no longer required for the purpose it was collected for, or any of our legitimate business or legal purposes, we will exercise measures to ensure that your personal data is either destroyed or anonymised.
Apabila data peribadi anda dalam milikan kami tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpul, atau mana-mana tujuan perniagaan sah atau undang-undang kami, kami akan mengambil langkah untuk memastikan data peribadi anda dimusnahkan atau dijadikan tanpa nama.
Security
Keselamatan
We take reasonable precautions to protect your information and process it securely. Such measures include, but are not limited to passwords, firewalls, and other standardised industry practices. Where you have chosen a password to access our website, you are responsible for keeping your password confidential. Do not share your password with anyone. However, no method of transmission over the internet, or electronic storage, is 100% secure and we cannot be held liable for any loss you may suffer for unauthorised access or loss of any data provided to our website. Nevertheless, we strive to protect the security of your information, and are constantly reviewing and enhancing our information security measures.
Kami mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi maklumat anda dan memprosesnya dengan selamat. Langkah sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada kata laluan, tembok api (firewall), dan amalan industri berpiawai lain. Di mana anda telah memilih kata laluan untuk mengakses laman web kami, anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan anda. Jangan kongsi kata laluan anda dengan sesiapa. Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran melalui internet, atau penyimpanan elektronik, adalah 100% selamat dan kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian yang anda alami akibat akses tanpa kebenaran atau kehilangan sebarang data yang diberikan kepada laman web kami. Namun demikian, kami berusaha melindungi keselamatan maklumat anda, dan sentiasa menyemak serta meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami. Kami mungkin, tetapi tidak diwajibkan, untuk menyiarkan notis di laman web kami jika berlaku pelanggaran keselamatan, atau menghantar e-mel kepada anda di alamat e-mel yang anda berikan kepada kami dalam keadaan sedemikian.
In the event of a personal data breach that has occurred or is likely to have occurred, and where such breach causes or is likely to cause significant harm to affected data subjects, we will notify the Personal Data Protection Commissioner within the timeframe required under applicable law, and will notify affected data subjects without undue delay through the contact details you have provided to us — which may include email, SMS, direct messaging, or postal communication. This notification obligation applies regardless of whether a public notice is also posted on our website.
Sekiranya berlaku pelanggaran data peribadi yang telah berlaku atau berkemungkinan telah berlaku, dan di mana pelanggaran sedemikian menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada subjek data yang terjejas, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkenaan, dan akan memaklumkan subjek data yang terjejas tanpa kelewatan yang tidak wajar melalui butiran hubungan yang anda telah berikan kepada kami — yang mungkin termasuk e-mel, SMS, mesej terus, atau komunikasi pos. Obligasi pemberitahuan ini terpakai tanpa mengira sama ada notis awam turut disiarkan di laman web kami.
Transfer
Pemindahan
The personal data you provide to us may be transferred to and stored with a cloud service provider with servers that are located in various jurisdictions. In addition, some of the entities to which your personal data may be disclosed or transferred under "Personal Data" above may be located outside your home jurisdiction. Some of these countries may not have the same or substantially similar privacy laws than those of your home jurisdiction. We have taken appropriate safeguards to require that your personal information will remain protected and require our third-party service providers and partners to have appropriate safeguards as well. Further details can be provided upon request.
Data peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin dipindahkan dan disimpan dengan penyedia perkhidmatan awan yang mempunyai pelayan yang terletak di pelbagai bidang kuasa. Selain itu, sebahagian entiti yang mungkin didedahkan atau dipindahkan data peribadi anda di bawah "Data Peribadi" di atas mungkin terletak di luar bidang kuasa anda. Sebahagian negara ini mungkin tidak mempunyai undang-undang privasi yang sama atau hampir serupa dengan bidang kuasa asal anda. Kami telah mengambil langkah perlindungan yang sewajarnya untuk memastikan maklumat peribadi anda kekal dilindungi dan memerlukan penyedia perkhidmatan serta rakan kongsi pihak ketiga kami turut mempunyai langkah perlindungan yang sewajarnya. Butiran lanjut boleh disediakan atas permintaan.
Amendments
Pindaan
We reserve the right to amend this Privacy Policy at any time. The Effective Date stated below indicates the last time this Privacy Policy was materially revised. Any changes we may make to this Privacy Policy in the future will be posted on our website. You are encouraged to review this page periodically to see any updates or changes to our Privacy Policy.
Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Tarikh Kuat Kuasa yang dinyatakan di bawah menunjukkan masa terakhir Dasar Privasi ini disemak secara material. Sebarang perubahan yang kami buat kepada Dasar Privasi ini pada masa hadapan akan disiarkan di laman web kami. Anda digalakkan untuk menyemak halaman ini secara berkala untuk melihat sebarang kemas kini atau perubahan kepada Dasar Privasi kami.
Contact Us
Hubungi Kami
All other questions on our use of your personal data should be addressed to our Data Protection Officer, whom you may contact at [email protected].
Semua soalan lain berkaitan penggunaan data peribadi anda oleh kami hendaklah dialamatkan kepada Pegawai Perlindungan Data kami, yang boleh dihubungi di [email protected].